Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
HARGA
Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
HARGA

Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)

petrolist

Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura). Buat makluman semua, Kadar harga levi dan tol bagi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diturunkan. Mulai 13 Februari 2018, bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan terbabit berbanding Tambak Johor.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pengurangan kadar itu membabitkan levi kepada kenderaan komersial yang keluar masuk ke Malaysia. Juga kadar tol di luar waktu puncak bagi semua jenis kenderaan, kecuali motosikal.

Harga Tol LINKEDUA

Harga Tol LINKEDUA (Kadar tol Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)

Berikut dikongsikan Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura) yang terkini:-

  1. Kenderaan Persendirian

    • Diturunkan daripada RM 7.50 kepada RM 4
  2. Teksi

    • Diturunkan daripada RM 5.70 kepada RM 3
  3. Bas

    • Diturunkan daripada RM 9.10 kepada RM 4.50
  4. Kenderaan Komersial Kelas 2

    • Diturunkan daripada RM 17.10 kepada RM 4.50
  5. Kenderaan Komersial Kelas 3

    • Diturunkan daripada RM 34.30 kepada RM 6.10

Levi kenderaan komersial di Linkedua, dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Malaysia berbanding kadar asal di antara RM100 hingga RM200.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua, iaitu di antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi kepada semua kenderaan kecuali motosikal, dikurangkan 47 hingga 82 peratus, mengikut kelas.

Kadar tol mengikut Plaza Tol adalah seperti berikut :-

i) Plaza Tol Lima Kedai

ii) Plaza Tol Perling

iii) Plaza Tol Tg Kupang

SUMBER : LLM

Info Lebuhraya LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)

Linkedua adalah nama lebuh raya dan jambatan yang menyambungkan Malaysia dan Singapura. Mempunyai jarak keseluruhan sepanjang 47 kilometer bermula dari Tanjong Kupang hingga Senai di Johor. Dan dek jambatan berkembar menyokong dua tiga lorong jalan menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di Singapura. Linkedua menyediakan perjalanan tanpa gangguan untuk orang ramai. Ia merupakan laluan alternatif kepada Tambak Johor dan pastinya lebih cepat, mudah dan selamat.

Berikut merupakan senarai persimpangan tol LINKEDUA:

Jajaran Senai

  1. 301 Persimpangan Lapangan Terbang Senai: Laluan Persekutuan Lebuhraya (Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai)
  2. 302 Persimpangan Saleng: Lebuhraya Skudai (masuk: Senai; keluar: Kulai)
  3. 303A Persimpangan Senai Selatan: Ke jajaran utama

Jajaran utama

  1. 303 Persimpangan Senai Utara: Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan (Kuala Lumpur-Johor Bahru)
  2. Plaza Tol Senai Utara
  3. 303A Persimpangan Senai Selatan: Ke Jajaran Senai
  4. Plaza Tol Lima Kedai
  5. 307 Persimpangan Pulai: Ke Lebuhraya Taman Johor Bahru (Johor Bahru Parkway)
  6. Persimpangan Gelang Patah: Ke Gelang Patah dan Nusajaya
  7. Kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah
  8. Persimpangan Tanjung Pelepas: Ke Pelabuhan Tanjung Pelepas
  9. Plaza Tol Tanjung Kupang
  10. Kompleks Imigresen dan Kuarantin Sultan Abu Bakar
  11. Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura
  12. Kompleks Imigresen Tuas
  13. Lebuhraya Ayer Rajah

Lebuhraya Taman Johor Bahru (Johor Bahru Parkway)

  1. Bahagian Ulu Choh-Pontian: Dalam rancangan/pembinaan
  2. 308 Persimpangan Ulu Choh: ke Ulu Choh dan Gelang Patah
  3. 307 Persimpangan Pulai: Ke jajaran utama
  4. 309 Persimpangan Bukit Indah: ke Bukit Indah
  5. Plaza Tol Taman Perling
  6. Persisiran Perling Jkr-ft17.png (ke Taman Perling dan Lebuhraya Pasir Gudang Jkr-ft17.png; lebuh raya tamat)

Semoga perkongsian Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura) dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Rancang perjalanan anda dan pandulah dengan selamat.

Share
Tweet
Email
Prev Article

Related Articles

Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Harga Minyak Kekal Mulai 20 Julai 2017

Harga Minyak Minggu Ini 8 Mei 2025 Hingga 14 Mei 2025

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Harga Gas Memasak Terkini 2018 Di Malaysia
  • Harga Minyak Minggu Ini 8 Mei 2025 Hingga 14 Mei …
  • Kadar Harga Tol Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban)

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini