Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
SEMAKAN
Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS
SEMAKAN

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

petrolist

Semak Lokasi Mengundi Pemilih Untuk PRU15 Tahun 2022. Musim mengundi kini semakin hampir iaitu pada tarikh akan dikemaskini. Kepada rakyat Malaysia yang layak, sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih pilihanraya untuk lokasi mengundi pada PRU 15? Jika belum, anda boleh membuat semakan daftar mengundi sekarang. Semakan boleh dibuat pada bila-bila masa secara online, melalui aplikasi telefon MySPR Semak dan juga melalui SMS.

Susulan dari Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih adalah dinasihatkan untuk membuat semakan awal maklumat daftar pemilih dalam memudahkan perancangan pada hari pengundian.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

Daftar Pemilih Pilihanraya PRU 15 Tahun 2022

Untuk makluman, tarikh rasmi Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) adalah pada tarikh yang akan dikemaskini. Sebelum ini PRU 14 pada Hari Rabu, 9 Mei 2018 merupakan cuti umum tambahan bagi pemilih mengundi.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR UNTUK PRU 15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ada menyediakan satu laman web khas bagi membolehkan para pemilih untuk menyemak daftar pemilih secara atas talian. Berikut dikongsikan cara kaedah semakan daftar mengundi melalui kaedah berikut:-

Kaedah yang popular adalah check daftar pemilih secara atas talian atau online :-

A. SEMAK DAFTAR PEMILIH ONLINE

1. Semakan Daftar Pemilih Individu

Cara semak adalah sungguh mudah di mana pemilih hanya perlu melayari Laman Web Daftar Pemilih SPR di pautan berikut :-
Layari : https://mysprsemak.spr.gov.my/
Sila isikan maklumat nombor kad pengenalan pengundi berdaftar ke dalam kotak yang disediakan
Masukkan captcha, kemudian klik butang “Semak”
Terdapat pilihan Print (Cetak) untuk mereka yang ingin membuat cetakan

Berikut adalah senarai maklumat yang ada dipaparkan dalam keputusan semakan status iaitu :-

NAMA
TARIKH LAHIR
JANTINA
LOKALITI
DAERAH MENGUNDI
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN), PARLIMEN DAN NEGERI PEMILIH

Pemilih juga mempunyai pilihan dalam membuat semakan daftar mengundi untuk lebih dari seorang pemilih secara serentak.

ii) Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Sila layari laman Sistem Semakan Pemilih Isi Rumah di pautan berikut :-
Layari : https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp
Sila isi maklumat nombor kad pengenalan pengundi yang berdaftar ke dalam ruangan kotak yang disediakan
Isikan captcha, seterusnya klik butang “Semak”
Untuk Print (Cetak), pemilih boleh menekan butang PRINT

Pemilih juga boleh mempunyai pilihan untuk menyemak daftar pemilih melalui khidmat SMS

B. SEMAK DAFTAR MENGUNDI MELALUI SMS

Berikut adalah langkah dalam membuat semakan menggunakan perkhidmatan SMS melalui telefon bimbit:-
Taipkan Mesej 1
  • SPR<jarak>[No. Kad Pengenalan]
Contoh Penghantaran 1 :-
  • SPR 8201120456223
  • Hantarkan SMS ke 15888
Taipkan Mesej 2
  • SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No. Kad Pengenalan]
Contoh Penghantaran 2 :-
  • SPR SEMAK 8201120456223
  • Hantarkan SMS ke 15888
 semakan daftar pemilih melalui sms
Nota : Pemilih akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Cara ketiga adalah semakan melalui aplikasi telefon pintar, MySPR Semak

C. APLIKASI MYSPR SEMAK

Download aplikasi MySPR semak di telefon bimbit anda:-
  • Google Play (Android)
  • App Store (iOS)

Selain itu, pemilih boleh menyemak status mereka melalui panggilan telefon seperti berikut :-

D. PANGGILAN TELEFON

  • Menelefon ke talian hotline 03-88927018
  • Menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri

Diucapkan selamat membuat semakan buat rakyat Malaysia. Jom mengundi pada Pilihanraya Umum (PRU15) pada tarikh yang akan diumumkan nanti.

Related : pilihan raya umum tempat mengundi pemilih berdaftar orang ramai pusat mengundi tempoh pameran

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta secara Online

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol PSP

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online
  • Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online
  • Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini