Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
SEMAKAN
Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online
SEMAKAN

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

petrolist

Cara Semak Tarikh Luput Roadtax Dan Insuran Secara Online.  Perhatian buat pemandu kenderaan di Malaysia. Bila tarikh tamat roadtax (cukai jalan) dan insuran kenderaan anda? Banyak semakan berkaitan dengan JPJ kini lebih mudah untuk disemak di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antaranya adalah Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Secara Online atau dikenali juga sebagai Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM) – cukai jalan. Maklumat semakan yang dipaparkan termasuk No plat kenderaan, tarikh mula, tarikh tamat dan tarikh tamat insurans.

Selain itu, Portal JPJ ada menyediakan semakan seperti semakan tarikh luput lesen memandu, semakan status senarai hitam, semak saman, semakan keputusan ujian memandu 1 dan banyak lagi.

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran JPJ Secara Online

Memandu dengan roadtax dan insuran yang tamat tempoh merupakan sebuah kesalahan jalan raya. Oleh itu bagi mengelakkan dari disaman, pemandu dinasihatkan untuk memperbaharui roadtax/ cukai jalan dan insuran pada waktu sepatutnya iaitu sebelum tamat tempoh.

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online di Portal JPJ.

Cara Semak Status Tarikh Luput Cukai Jalan Dan Insuran Online

  • Sila layari: Semak Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran

Pengguna di kehendaki untuk memilih kategori ID seperti berikut :-

  1. Malaysian public (MYKAD) : Orang Awam Malaysia
  2. Temporary resident (MYKAS) : Permastautin Sementara
  3. Permanent resident (PTM) : Permastautin Tetap
  4. Police (POL) : Polis
  5. Military (TEN) : Tentera
  6. Non Malaysian (LLN) : Bukan Warganegara Malaysia

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Pilih kategori mengikut status anda. Contoh – Untuk pemegang MYKAD, sila pilih kategori “Orang Awam Malaysia”.

(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567)

  • Setelah pilih status, masukkan nombor kad pengenalan anda (NO ID)
  • Isikan No Pendaftaran Kenderaan
  • Seterusnya Isikan Kod sekuriti yang dipaparkan
  • Klik butang “Search” untuk membuat semakan status

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Portal Semakan JPJ akan memaparkan maklumat seperti Nombot plat kenderaan, tarikh mula, tarikh tamat dan tarikh tamat insurans.

Semoga perkongsian Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online ini bermanfaat buat semua. Ingat, sila perbaharui lesen memandu, roadtax dan insuran anda jika telah tamat tempoh. Ianya bagi mengelakkan disaman oleh pihak berwajib di Malaysia.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

semakan daftar pemilih spr pru online

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online

Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Semakan No Plat Terkini 2024 Online
  • Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online
  • Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini