Berapakah Harga Petrol Dan Diesel Terkini untuk bulan Februari 2021? Sejak Pakatan Harapan memenangi PRU yang lalu, kerajaan telah memberikan subsidi petrol sebanyak RM7.14 bilion sehingga November 2018. Penetapan harga petrol serta diesel telah ditetapkan pada harga RM 2.20 seliter untuk RON95 dan RM 2.18 seliter untuk diesel. Pendekatan ini telah bermula 7 Jun 2018 yang lalu. Penetapan harga minyak yang baharu dijangkakan akan bermula pada 1 Januari 2019 dan akan ditetapkan secara mingguan
Bermula 1 Februari 2019, kerajaan akan menggunakan sistem apungan bagi harga minyak ekoran penurunan harga minyak dunia. Menurut Menteri Kewangan, jika harga minyak dunia turun maka rakyat akan menikmati harga minyak dengan harga yang rendah dan begitu juga sebaliknya. Langkah ini diambil bagi memberikan rakyat harga bahan api yang murah dengan cepat. Langkah ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Namun jika harga minyak dunia naik di masa akan datang, harga runcit rasmi petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan pada harga RM 2.20 dan RM 2.18 seliter. Menteri Kewangan juga menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan bagi membantu golongan B40 iaitu Program Subsidi Petrol (PSP)
Terkini : Pada 30 Disember 2019, Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga RON95 kepada suatu tarikh yang akan diumumkan nanti. Berdasarkan pengumuman sebelum ini, Program Subsidi Petrol sepatutnya dilaksanakan mulai Januari 2020 serta harga petrol RON95 bakal diapungkan serta dinaikkan setiap minggu sebanyak 1 sen sehingga mencapai harga pasaran semasa, kata Timbalan Menteri KPDNHEP pada 27 November 2019.
Harga Petrol Mingguan Vs Harga Bulanan
Bermula 1 Januari 2019, harga minyak akan diumumkan oleh KPDNHEP pada setiap minggu melalui laman rasmi mereka. Berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang bermula 7 Jun 2018, mekanisme yang diguna pakai kerajaan adalah mengumumkan harga minyak petrol RON97 secara bulanan. Harga minyak terkini akan diumumkan pada hari terakhir setiap bulan.
Harga Minyak Februari 2021 Petrol RON95 RON97 Diesel Mingguan Terkini
Berikut dikongsikan harga minyak petrol dan diesel yang terkini untuk setiap bulan bagi tahun 2021, 2020, 2019 dan tahun 2018. Harga minyak akan dikemaskini setiap minggu.
TAHUN 2021
Harga Minyak Minggu Ini Februari 2021
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
6 Februari - 12 Februari | 1.93 | 2.23 | 2.11 |
13 Februari - 19 Februari | 1.96 | 2.26 | 2.15 |
20 Februari - 26 Februari | |||
27 Februari - 5 Mac |
Januari 2021
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
2 Januari - 8 Januari | 1.84 | 2.14 | 2.01 |
9 Januari - 15 Januari | 1.84 | 2.14 | 2.02 |
16 Januari - 22 Januari | 1.89 | 2.19 | 2.05 |
23 Januari - 29 Januari | 1.90 | 2.20 | 2.09 |
30 Januari - 5 Februari | 1.90 | 2.20 | 2.07 |
Disember 2020
RON 95 | RON 97 | DIESEL | |
---|---|---|---|
5 Disember - 11 Disember | 1.70 | 2.00 | 1.90 |
12 Disember - 18 Disember | 1.73 | 2.03 | 1.93 |
19 Disember - 25 Disember | 1.78 | 2.08 | 1.96 |
26 Disember - 1 Januari | 1.80 | 2.10 | 1.98 |
November 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
7 November - 13 November | 1.61 | 1.91 | 1.68 |
14 November - 20 November | 1.62 | 1.92 | 1.74 |
21 November - 27 November | 1.64 | 1.94 | 1.81 |
28 November - 4 Disember | 1.67 | 1.97 | 1.85 |
Oktober 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
3 Oktober - 9 Oktober | 1.71 | 2.01 | 1.70 |
10 Oktober - 16 Oktober | 1.67 | 1.97 | 1.69 |
17 Oktober - 23 Oktober | 1.68 | 1.98 | 1.75 |
24 Oktober - 30 Oktober | 1.64 | 1.94 | 1.74 |
31 Oktober - 6 November | 1.64 | 1.94 | 1.74 |
September 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
5 September - 11 September | 1.71 | 2.01 | 1.78 |
12 September - 18 September | 1.66 | 1.96 | 1.72 |
19 September - 25 September | 1.63 | 1.93 | 1.67 |
26 September - 2 Oktober | 1.68 | 1.98 | 1.71 |
Ogos 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
1 Ogos - 7 Ogos | 1.68 | 1.98 | 1.83 |
8 Ogos - 14 Ogos | 1.63 | 1.93 | 1.79 |
15 Ogos - 21 Ogos | 1.68 | 1.98 | 1.82 |
22 Ogos - 28 Ogos | 1.71 | 2.01 | 1.80 |
29 Ogos - 4 September | 1.72 | 2.02 | 1.78 |
Julai 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
4 Julai - 10 Julai | 1.65 | 1.95 | 1.84 |
11 Julai - 17 Julai | 1.72 | 2.02 | 1.87 |
18 Julai - 24 Julai | 1.72 | 2.02 | 1.87 |
25 Julai - 31 Julai | 1.68 | 1.98 | 1.82 |
Jun 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
6 Jun - 12 Jun | 1.48 | 1.78 | 1.63 |
13 Jun - 19 Jun | 1.56 | 1.86 | 1.73 |
20 Jun - 26 Jun | 1.59 | 1.89 | 1.77 |
27 Jun - 3 Julai | 1.69 | 1.99 | 1.86 |
Mei 2020
Tarikh | RON 95 | RON 97 | DIESEL |
---|---|---|---|
2 Mei - 8 Mei | 1.25 | 1.55 | 1.40 |
9 Mei - 15 Mei | 1.25 | 1.55 | 1.40 |
16 Mei - 22 Mei | 1.31 | 1.61 | 1.45 |
23 Mei - 29 Mei | 1.38 | 1.68 | 1.51 |
30 Mei - 5 Jun | 1.43 | 1.73 | 1.61 |
Kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara”
Minyak Di Malaysia
Di Malaysia, pengeluaran minyak telah menjadi teras pertumbuhan ekonomi negara sejak minyak mula-mula digerudi di Sarawak pada tahun 1910. Sebagai salah sebuah negara pengeksport minyak, pendapatan kerajaan persekutuan daripada minyak telah memainkan peranan yang penting bagi sumber fiskal negara dalam perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara.
Namun, kebergantungan kepada keluaran minyak dapat memberikan risiko yang besar kepada perancangan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang kerana ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia dan rizab simpanan minyak negara yang semakin menyusut. Hal ini sangat ketara semenjak era 1970-an lagi, dimana kejutan harga minyak dunia telah mempengaruhi pembolehubah makroekonomi serta telah mengheret negara Amerika Syarikat (USA) dan beberapa buah negara Eropah yang lain ke kancah kemelesetan ekonomi.
Peningkatan terus harga minyak menyebabkan sedikit sebanyak penjejasan ekonomi negara. Lantasnya, eksploitasi minyak sebenarnya tidak menjamin keuntungan sepanjang masa serta dapat menyebabkan pertumbuhan ekonomi cenderung semakin perlahan akibat penyusutan sumber di negara yang kaya dengan sumber asli.
Selain daripada itu, kadar pertukaran asing merupakan salah satu penentu ekonomi untuk sesebuah negara. Hal ini disebabkan mata wang asing adalah satu alat bagi setiap negara dalam menjalankan urus niaga dengan negara lain. Disebabkan ketidakstabilan dalam peningkatan dan penurunan kadar pertukaran asing, kerajaan Malaysia telah menetapkan kadar pertukaran tetap pada tahun 1998. Dengan itu, kadar pertukaran asing tidak lagi ditentukan oleh permintaan dan penawaran.
Tindakan ini adalah disebabkan Malaysia telah mengalami krisis kewangan yang serius pada tahun 1997. Turun naik kadar pertukaran telah memberi kesan kepada inflasi di Malaysia. Apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan pada 1997, mata wang domestik iaitu Ringgit Malaysia telah mengalami susut nilai, harga barang yang diimport akan meningkat secara automatik. Oleh demikian, pengguna tempatan perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi produk yang diimport dan kesannya, taraf hidup penduduk turur menurun.
Semoga harga minyak petrol RON95 RON97 diesel terkini akan berada di paras harga yang berpatutan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.