Harga Gas Masak LPG Terkini Di Malaysia. Gas memasak adalah satu barangan keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya digunakan hampir setiap hari untuk memasak dan sebagainya tidak kira samada pengunaan persendirian ataupun komersial. Jadi berapakah Harga Gas Memasak Terkini 2018 (Harga LPG gas bersubsidi) mengikut saiz silinder?
Penetapan Harga Gas semasa (tong gas memasak/LPG) adalah perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sepatutnya untuk barangan lain yang berkaitan terutama makanan dan minuman.
Senarai Harga Gas Memasak Terkini 2018 (Gas LPG)
Berikut adalah HARGA SEMASA bagi gas LPG bersubsidi (tong gas memasak) bagi pengguna (ISI RUMAH) khususnya tong gas berkapasiti 10 kilogram (kg), 12 kg dan 14 kg.
Harga Gas Masak LPG Terkini Di Pasaran Malaysia
- 10 Kg : RM19.00
- 12 Kg : RM22.80
- 14 Kg : RM26.60
Makluman KPDNKK Berkaitan Harga Gas Memasak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini kekal pada kadar harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad seperti yang diputuskan oleh Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat pada 8 Mac 2015.
Menteri KPDNKK, YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK juga ada mengulas mengenai Harga Gas Masak LPG tahun 2015.
“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.
“Kita akui sejak 16 tahun lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,”
Dengan tiada kenaikan harga baru LPG buat masa kini, langkah kerajaan ini dilihat sebagai langkah bijak dalam menjaga kepentingan rakyat pada masa kini.
Berita Terkini Mengenai Harga Gas Memasak
Pada 30 Oktober 2018, terdapat sedikit kekecohan apabila Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan kenaikan harga gas memasak hanya bagi caj penghantaran yang digunakan apabila membuat pesanan melalui Gas Petronas Home Delivery (GPHD), sejenis perkhidmatan penghantaran Gas Petronas terus ke rumah dengan melakukan pesanan di talian Mesralink Hotline di 1300 – 888- 427.
Melalui surat hebahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Petronas seperti di atas untuk memaklumkan kenaikan harga bagi perkhidmatan GPHD. Ianya telah mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat melalui media sosial khususnya. Respon yang negatif daripada masyarakat dimana rata-rata menunjukkan tidak puas hati terhadap kenaikan harga telah diambil maklum oleh pihak Petronas.
Justeru pada keesokannya, 31 Oktober 2018, Petronas melalui laman Facebook rasminya Petronas Brands telah menarik balik pengumuman kenaikan harga bagi perkhidmatan GPHD dan seterusnya mengekalkan harga asal berserta caj kepada harga sebelum ini.
Aduan Ke KPDNKK
Perhatian buat pengguna, jika berlaku kenaikan harga gas memasak yang tidak munasabah. Sila kemukakan aduan anda melalui e-aduan seperti maklumat berikut :-
- http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ atau
- Aplikasi eZ ADU KPDNKK
- Hubungi talian bebas tol 1800-886-800
Semoga Harga Gas Memasak Terkini 2018 ini akan kekal pada harga yang munasabah. Penggunaan yang meluas oleh ramai pengguna di Malaysia memerlukan satu harga mampu milik. Ketika dalam keadaan ekonomi yang serba tidak menentu masa kini.