Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
TIPS
Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori
TIPS

Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori

petrolist

Jenis Kelas Lesen Memandu Di Malaysia. Mendapatkan lesen memandu adalah penting buat pengguna jalan raya samada lebuhraya atau jalan biasa. Ianya perlu bagi mereka  yang ingin menunggang motorsikal atau memandu kenderaan di Malaysia bagi mengelakkan di saman pihak berwajib. Pengguna perlu mempunyai lesen memandu mengikut Senarai Kelas Lesen Memandu yang dikongsikan di bawah. Jenis kelas memandu ada tertera di Lesen memandu seseorang pengguna.

Kelas lesen memandu yang dikeluarkan ini adalah mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin (cc), jenis penggunaan dan sebagainya. Lesen memandu yang popular di Malaysia dan ramai yang memilikinya adalah kelas B2 dan D.

Senarai Kelas Lesen Memandu mengikut kategori

Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori Kenderaan

Berikut dikongsikan senarai kelas lesen memandu mengikut kategori seperti kapasiti cc engin, jenis penggunaan dan kenderaan. Senarai kelas untuk lesen memandu seseorang ada tertera di lesen memandu seperti berikut:-

  1. A – Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) BTM tidak melebihi 450kg
  2. A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500 kg
  3. B – Motosikal melebihi 500 cc (motrosikal besar)
  4. B1 – Motosikal tidak melebihi 500 cc
  5. B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc (kapcai)
  6. C – Motosikal Tiga Roda (kenderaan jual aiskrim atau roti)
  7. D – Motokar BTM (berat tanpa muatan) tidak melebihi 3500 kg
  8. DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  9. E – Motokar Berat BTM melebihi 7500 kg
  10. E1 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500 kg
  11. E2 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000 kg
  12. F – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg
  13. G – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg
  14. H – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000 kg
  15. I – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg

Lesen Vokasional

GDL – Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang

  1. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc – motor posmen dan jual roti/aiskrim
  2. B Motosikal melebihi 250 cc
  3. D Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg
  4. E Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. – lori treler.PSV

Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam

  1. D Van Penumpang / Bas Mini
  2. D Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa
  3. E Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg

Jenis-Jenis Lesen Memandu Di Malaysia

Terdapat lima jenis lesen memandu di Malaysia iaitu seperti berikut :-

Lesen Memandu Pelajar (LDL)

Memaparkan plat L

Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu akan memperolehi Lesen P

Lesen Memandu Kompeten (CDL)

CDL – Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun.

Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial

Khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara. Sumber

Semoga perkongsian Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori ini bermanfaat buat pengguna. Ingat, angan memandu tanpa lesen yang sah di Malaysia.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

TTA Plus Tahun Baru Cina 2018 (Jadual Perjalanan)

TTA Plus Tahun Baru Cina 2019 (Jadual Perjalanan)

Cara Menjimatkan Minyak Kereta

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Mudah Dan Berkesan

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • TTA Plus Tahun Baru Cina 2019 (Jadual Perjalanan)
  • Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan
  • Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Mudah Dan Berkesan

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini