Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
BERITA
Serangan Amerika Di Syria Dan Harga Minyak Dunia
BERITA

Serangan Amerika Di Syria Dan Harga Minyak Dunia

petrolist

Harga Minyak Dunia Mungkin Naik. Serangan Amerika Syarikat ke atas sebuah pangkalan udara Syria baru-baru ini mungkin akan memberi kesan terhadap harga minyak dunia. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Beliau berkata ia sekaligus boleh memberi kesan terhadap Malaysia. Jadi bagaimana Serangan Amerika Di Syria Mungkin Beri Kesan Harga Minyak Dunia dan juga di Malaysia?

Serangan Amerika Di Syria Mungkin Beri Kesan Harga Minyak Dunia

Serangan Amerika Di Syria Mungkin Beri Kesan Harga Minyak Dunia

Umum sedia maklum yang harga minyak petrol dan diesel di Malaysia ditentukan secara mingguan.

“Penetapan harga minyak di Malaysia adalah berdasarkan harga bahan api dunia, justeru sekiranya harga minyak di peringkat dunia meningkat, sudah pasti harga petrol dan diesel di Malaysia akan turut naik.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenainya (harga minyak). Kerajaan telahpun melaksanakan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2016 dan Pelancaran Buku Kod Etika dan Tatakelakuan Warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini, hari ini.

Hamzah berkata kementerian sebelum ini mengumumkan harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.16 seliter, RON97 naik dua sen kepada RM2.43 seliter manakala diesel turun tiga sen kepada RM2.08 seliter berkuat kuasa 6 hingga 12 April ini. – BERNAMA

Share
Tweet
Email
Next Article

Related Articles

Formula Baru Penetapan Harga Minyak Jun 2017

Harga Minyak Mac 2025 Petrol Diesel Terkini

JPJ tawar diskaun saman dan kompaun

Diskaun Saman JPJ Dan Kompaun 70%

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Formula Baru Penetapan Harga Minyak Akan Diumumkan
  • Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini PN 2021
  • Diskaun Saman JPJ Dan Kompaun 70%

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini