Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
SEMAKAN
Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online
SEMAKAN

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online

petrolist

Cara Semak Status Tarikh Luput Lesen Memandu Kereta Dan Motor Di Malaysia Secara Online. Panduan buat pemandu kenderaan di Malaysia. Adakah anda tahu tarikh luput lesen memandu anda? Jika tidak tahu ataupun lupa, anda kini boleh membuat Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online menerusi Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adalah diingatkan yang memandu kenderaan tanpa lesen sah atau lesen tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya. Pemandu yang membuat kesalahan boleh di denda sebanyak RM300. Oleh itu, jangan mengambil risiko dengan memandu tanpa lesen dan ikuti cara-cara membuat semakan tarikh luput lesen memandu anda secara online di bawah ini.

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta secara Online

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Secara Online

Membuat semakan tarikh luput lesen memandu adalah sangat mudah dengan adanya sistem semakan di Portal Rasmi JPJ. Bagi pengguna atau individu yang telah mempunyai lesen memandu, anda Berikut adalah cara semakan tarikh luput lesen memandu.

Langkah Semak Status Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia Online

  • Sila layari: Tarikh Luput Lesen Memandu

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online

Anda di kehendaki untuk memilih kategori ID seperti berikut :-

  1. Malaysian public (MYKAD) : Orang Awam Malaysia
  2. Temporary resident (MYKAS) : Permastautin Sementara
  3. Permanent resident (PTM) : Permastautin Tetap
  4. Police (POL) : Polis
  5. Military (TEN) : Tentera
  6. Non Malaysian (LLN) : Bukan Warganegara Malaysia

Pilih kategori mengikut status anda. Contoh – Untuk pemegang MYKAD, sila pilih kategori “Orang Awam Malaysia”.

(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567)

  • Setelah pilih status, masukkan nombor kad pengenalan anda (NO ID)
  • Isikan Kod sekuriti yang dipaparkan
  • Klik butang “Search” untuk membuat semakan status

Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online

Portal Semakan JPJ akan memaparkan Kelas ataupun Jenis Lesen Memandu beserta tempoh sah lesen memandu

Nota Berkaitan Nombor Lesen Memandu

Lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ tiada nombor rasmi. Nombor lesen yang dikeluarkan adalah di selaraskan dengan nombor kad pengenalan pemandu.

Semoga perkongsian Semakan Tarikh Tamat Lesen Memandu Kereta Online ini bermanfaat buat semua. Ingat, sila perbaharui lesen memandu anda jika hampir atau telah tamat. Terdapat pelbagai cara untuk membaharui lesen memandu seperti perbaharui di JPJ, Pejabat Pos, UTC atau menggunakan servis online MyEG.

Share
Tweet
Email
Next Article

Related Articles

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online

Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online

Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insuran Online
  • Semakan No Plat Terkini 2024 Online

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini