Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
TIPS
TTA Plus Tahun Baru Cina 2019 (Jadual Perjalanan)
TIPS

TTA Plus Tahun Baru Cina 2019 (Jadual Perjalanan)

petrolist

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS (TTA) Untuk Perayaan Tahun Baru Cina 2019. Anda bercadang untuk bercuti dan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)? Berikut dikongsikan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2019 yang memaparkan jadual cadangan waktu perjalanan ke sesuatu destinasi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan. Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada TTA Plus ini dalam memastikan perjalanan mereka lebih selesa dan pantas serta menjimatkan minyak kenderaan anda.

Untuk makluman, perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Malaysia akan jatuh pada tarikh 5 dan 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu).

TTA Plus Tahun Baru Cina 2019 (Jadual Perjalanan)

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2019

Berikut dikongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2019. Travel Time Advisory (TTA) adalah untuk perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan PLUS dari 31 Januari 2019 sehingga 10 Februari 2019.

TTA PLUS Tahun Baru Cina Tahun 2019

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak dinasihatkan supaya mengikuti TTA bagi mengelakan kesesakan lebuhraya.

Berikut adalah Nota Penting berkaitan cadangan waktu perjalanan pada Tahun Baru Cina 2019.

  1. Orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Adalah disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi
  2. Pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah. Pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

tta plus cny 2019

Rebat Tol Tahun Baru Cina

Selain TTA Plus, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 10% untuk kenderaan kelas 1 yang menggunakan rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada 5 Februari 2019 bersempena Perayaan Tahun Baru Cina. Pelanggan lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 10% ketika membayar tol di antara jam 12 pagi hingga 11.59 malam pada tarikh 5 Februari 2019.

Lebuh raya PLUS yang terlibat adalah di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Untuk mendaftar, pemegang kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go boleh melayari portal PLUSMiles. Iaitu di www.plusmiles.com.my untuk melayakkan mereka menikmati rebat tol yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol. Iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Semoga perkongsian Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2019 ini bermanfaat untuk semua. Moga TTA PLUS yang dikongsikan boleh dijadikan panduan penting buat pengguna dalam merancang perjalanan yang terbaik dan teratur.

Share
Tweet
Email
Prev Article

Related Articles

Laluan Alternatif Ke Pantai Timur

Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan

Senarai Kelas Lesen Memandu mengikut kategori

Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori
  • TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2022 Jadual Perjalanan
  • Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini