Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
HARGA
Harga Buat Lesen Memandu Terkini 2025
HARGA

Harga Buat Lesen Memandu Terkini 2025

petrolist

Harga Buat Lesen Memandu Terkini 2025 (Kereta Dan Motosikal). Berapakah harga lesen memandu kenderaan meliputi kereta atau motosikal untuk tahun 2025? Mengikut peredaran masa di mana semua harga barang meningkat, dengan itu, adalah tidak pelik jika harga lesen memandu kenderaan terkini juga meningkat mengikut keadaan ekonomi semasa.

Dikongsikan harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan (harga buat lesen memeandu) untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori kelas lesen motosikal atau kereta terkini yang berdasarkan kepada struktur kadar harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (Sekolah Memandu).

Harga Lesen Memandu Terkini 2018

Harga Lesen Memandu Terkini Tahun 2025

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Terkini 2025 (Kereta Dan Motosikal). Untuk makluman, individu yang sudah mencapai umur 16 tahun/ ke atas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.

Manakala bagi individu yang telah mencapai umur 17 tahun dan ke atas, anda boleh mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual. Sementara itu, individu yang berhasrat untuk memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun dan ke atas.

Nota : Umur perlu melepasi usia yang dinyatakan mengikut tarikh lahir.

Kadar Bayaran Harga Bagi Pelesenan Pemandu

Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu adalah seperti berikut:

JENIS LESEN

KADAR BAYARAN (RM)

TEMPOH

LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

Kelas A23/6bulan
Kelas B2 (tunggal)2.00/4.003/6 bulan
Kelas B/C20.00/40.003/6bulan
Kelas D dan lain-lain30.00/60.003/6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)
Kelas A/A122 tahun
Kelas B2 (tunggal)22 tahun
Kelas B/C402 tahun
Kelas D/E/F/G/H/I602 tahun

LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)

Kelas A/A121 Tahun
Kelas B2 (tunggal)/B/C201 tahun
Kelas D /E/F/G/H/I301 tahun

LESEN MEMANDU VOKASIONAL

Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON201 tahun
Permit Memandu Antarabangsa (IDP)1501 Tahun
Salinan Lesen Memandu20–
Cabutan Maklumat Lesen Memandu10–
Pindaan Maklumat Lesen Memandu10–
Tambah Kelas Lesen Memandu5–

Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta

Kategori

Kelas

Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 ccB2
Lesen Motosikal Melebihi 500 ccB
Lesen Kereta Transmisi ManualD
Lesen Kereta Transmisi AutomatikDA

Anggaran Kadar Bayaran Yuran Ambil Lesen Kereta Atau Motosikal

Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas. Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM450 (lesen motosikal B2), RM1,100 (lesen motosikal B), RM1,300 (lesen kereta D) dan RM1,500 (lesen kereta DA).

Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di institut memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya.

Kebanyakan Institu Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual belajar serta dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri.

Harga Buat Lesen Memandu Terkini Kereta Dan Motorsikal

Kategori

Harga Anggaran

Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 ccRM 350 hingga RM 450
Lesen Motosikal Melebihi 500 ccRM 900 hingga RM 1,100
Lesen Kereta Transmisi ManualRM 1,150 hingga RM 1,300
Lesen Kereta Transmisi AutomatikRM 1,250 hingga RM 1, 500
  • Perbandingan harga lesen boleh dirujuk di Senarai Harga Lesen Mengikut Lokasi
  • Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan
  • Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau berperingkat dan juga boleh dibuat secara penuh
  • Tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh ditempah oleh anda sendiri

Semoga perkongsian Harga Lesen Memandu Terkini 2025 ini memudahkan anda mengetahui harga terkini lesen memandu kenderaan anda.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru

Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini
  • Harga Minyak Dunia Hari Ini – Brent Dan WTI Crude
  • Harga Minyak Mac 2025 Petrol Diesel Terkini

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini