Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini. Anda bercadang untuk melancong ke luar negara tetapi masih belum mempunyai pasport Malaysia antarabangsa? Atau mungkin pasport anda telah tamat tempoh? Panduan buat semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini.
Kadar terbaru ini dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Harga terkini buat pasport adalah bergantung pada kategori pemohon seperti pemohon biasa, jemaah haji, kanak-kanak dan OKU.
Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2018
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini tahun 2018:-
KADAR HARGA PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA | |
i) Warganegara berumur antara 13 hingga 59 tahun | |
| |
ii) Pemohon berumur 60 tahun ke atas, 12 tahun ke bawah serta jemaah haji | |
| |
iii) Pemohon Orang Kelainan Upaya (OKU) | |
| |
Serentak dengan itu, semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM 100 telah dimansuhkan |
Panduan untuk mereka yang ingin membuat permohonan baru atau membuat pasport untuk kali pertama.
PERMOHONAN PASPORT BARU DAN PEMBAHARUAN | |
1) Anda perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen yang berdekatan | |
2) Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan untuk membawa bersama dua keping gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan | |
3) Untuk permohonan pembaharuan baru secara Online, anda boleh menggunakan MyOnline Pasport | |
4) Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses |
Para pemohon boleh membuat bayaran dengan menggunakan cara-cara berikut:
KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN PASPORT | |
1) Tunai | |
2) Kad Kredit | |
3) Wang Pos | |
4) Bank Draf yang dipalang (Atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri) |
Berikut adalah nota penting dalam permohonan pasport Malaysia antarabangsa Malaysia :-
KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN PASPORT | |
1) Gambar akan diambil di Bahagian Pasport menggunakan Alat Facial Live Capture | |
2) Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada | |
3) Tidak memakai topi/rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung | |
4) Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar | |
5) Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap |
Diharap agar perkongsian Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga anda membuat persediaan yang rapi ketika hendak membuat pasport nanti.