Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
HARGA
Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go
HARGA

Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

syahmi

Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya pengguna lebuh raya. Seperti yang anda sedia maklum, tidak lama lagi lebuh raya di kawasan Lembah Klang akan dilengkapi dengan lorong Radio-Frequency IDentification (RFID). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Tag RFID Touch ‘n Go.

Sasaran RFID dilancarkan secara rasmi adalah pada bulan Januari 2019. Sehubungan dengan itu, para pengguna hendaklah mendaftar tag RFID Touch ‘n Go bagi memantau baki dan menambah nilai.

Cara Daftar Tag RFID Touch 'n Go

Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go (Radio-Frequency IDentification)

Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran Tag RFID Touch ‘n Go beserta maklumat lain berkaitan RFID.

Apakah RFID?

1Singkatan nama kepada Radio-Frequency IDentification (IDentifikasi Radio Frekuensi).
2Teknologi yang diterima secara global yang digunakan dalam sistem pembayaran elektronik.
3Sistem RFID menggunakan cip Frekuensi Radio yang terkandung pada pelekat yang dipasang pada kenderaan.
4Pelekat yang unik untuk setiap kenderaan, akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet yang membolehkan pengguna memantau baki mereka dengan mudah dan dapat melakukan tambah nilai secara atas talian melalui perbankan atas talian dan kad debit/kredit.
5Ia juga menawarkan pilihan tambah nilai secara luar talian yang mana membolehkan penggunaan nombor pin (soft pin).

Fasa Percubaan RFID

1Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna awal fasa percubaan RFID, sila lawati laman web berikut untuk mendaftar bermula 8 Ogos 2018:

Pendaftaran Fasa Percubaan RFID

TNG eWallet

1Untuk menggunakan Touch ‘n Go (TNG) eWallet, pelanggan mesti memuat turun TNG eWallet dan mendaftar bermula 3 September 2018.

Touch ‘n Go App untuk Android

Touch ‘n Go App untuk Apple

2Pelanggan masih dapat menggunakan kad TNG dan MyKad untuk membuat pembayaran tol seperti biasa.

SmartTAG

1Peranti SmartTAG sedia ada masih boleh digunakan di semua lebuhraya.
2Selaras dengan rancangan pelancaran sistem RFID, TNGSB tidak lagi menjual peranti SmartTAG berkuatkuasa 8/8/2018 di semua agen yang sah.

Lebuhraya Yang Dilengkapi Dengan Lorong RFID (Lembah Klang)

1Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK)
2Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
3Lebuhraya Kamuning – Shah Alam (LKSA)
4Lebuhraya Cheras -Kajang (GRANDSAGA)
5Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
7Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
8Lebuhraya Maju (MEX)
9Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
10Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)
11Lebuh Pantai Baharu (NPE)
12Lebuhraya Besraya (BESRAYA)
13Lebuhraya Sistem PEnyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
15Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
16Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

Maklumat Lanjut

1Lawati laman sesawang www.touchngo.com.my
2Ikuti @MyTouchnGo melalui Facebook dan Twitter.
3SMS TNG <pertanyaan anda> HANTAR ke 36266.
4Emel ke careline@touchngo.com.my.
5Hubungi Touch ‘n Go Careline di 03-27148888.

Cara Daftar Tag RFID Touch 'n Go

Diharap agar perkongsian Cara Pendaftaran Tag RFID Touch ‘n Go dan maklumat berkaitan dapat membantu memudahkan urusan anda. Pandulah dengan berhati-hati di lebuhraya.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2

Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2

Harga Minyak Mentah Dunia terkini

Harga Minyak Mentah Dunia 2020 Terkini

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru
  • Kadar Harga Tol Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban)
  • Harga Gas Memasak Terkini 2018 Di Malaysia

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini