Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
HARGA
Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini
HARGA

Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

petrolist

Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini. Anda bercadang untuk melancong ke luar negara tetapi masih belum mempunyai pasport Malaysia antarabangsa? Atau mungkin pasport anda telah tamat tempoh? Panduan buat semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini.

Kadar terbaru ini dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Harga terkini buat pasport adalah bergantung pada kategori pemohon seperti pemohon biasa, jemaah haji, kanak-kanak dan OKU.

Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2018

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini tahun 2018:-

KADAR HARGA PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

i) Warganegara berumur antara 13 hingga 59 tahun

  • Telah diturunkan daripada RM 300 kepada RM 200. Berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015

ii) Pemohon berumur 60 tahun ke atas, 12 tahun ke bawah serta jemaah haji

  • RM 100

iii) Pemohon Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • PERCUMA
Serentak dengan itu, semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM 100 telah dimansuhkan

Panduan untuk mereka yang ingin membuat permohonan baru atau membuat pasport untuk kali pertama.

PERMOHONAN PASPORT BARU DAN PEMBAHARUAN

1) Anda perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen yang berdekatan
2) Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan untuk membawa bersama dua keping gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan
3) Untuk permohonan pembaharuan baru secara Online, anda boleh menggunakan MyOnline Pasport
4) Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Para pemohon boleh membuat bayaran dengan menggunakan cara-cara berikut:

KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN PASPORT

1) Tunai
2) Kad Kredit
3) Wang Pos
4) Bank Draf yang dipalang (Atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri)

Berikut adalah nota penting dalam permohonan pasport Malaysia antarabangsa Malaysia :-

KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN PASPORT

1) Gambar akan diambil di Bahagian Pasport menggunakan Alat Facial Live Capture
2) Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
3) Tidak memakai topi/rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
4) Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
5) Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap

Diharap agar perkongsian Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga anda membuat persediaan yang rapi ketika hendak membuat pasport nanti.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kadar Harga Tol Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban)

Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Harga Gas Memasak Terkini 2018 Di Malaysia
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go
  • Harga Minyak Mentah Dunia 2020 Terkini

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini